Tuesday, May 25, 2010

SEMUA PIHAK HARUS TERLIBAT USAHA PERANGI GEJALA DADAH


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Untuk mencapai matlamat masyarakat tanpa dadah setiap anggota masyarakat hendaklah terlibat dalam usaha memerangi gejala itu, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

"Individu, keluarga, sekolah, pertubuhan agama, agensi kerajaan serta pihak swasta haruslah berusaha sama-sama dalam membendung gejala penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kita," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari Khamis.

Lee berkata pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan merupakan kunci kepada kejayaan membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

Di sekolah, para pelajar haruslah diberitahu mengenai bahaya penggunaan dadah, fakta-fakta penting, kesan serta simptomnya, kata beliau.

Lee juga menyifatkan pendidikan agama perlu diperkukuhkan untuk mengelak penyalahgunaan dadah.

"Semasa negara kita sedang bergelut dengan pelbagai masalah sosial terutamanya berkaitan ketagihan dadah dan AIDS, ibu bapa perlu menunjukkan komitmen yang lebih tinggi dalam membesarkan anak-anak supaya menjadi rakyat yang sihat dan produktif," katanya.

-- BERNAMA (2 OKTOBER 2008)

No comments:

Post a Comment